@ Laman Galeri Foto @

Apr 20, 2010

@ Mesyuarat BBBC kali kedua @

Mesyuarat BBBC kali kedua

:: setelah diperkenankan oleh ahli2 BBC yang sedia ade...maka satu mesyuarat terbuka telah diadakan bagi memenuhi kehendak dan usul2 di dalam perbincangan sebelom ini....mesyuarat yang begitu meyakinkan ini telah dihadiri oleh beberapa ahli yang terdekat tanpa ade apa2 masalah yang timbul. Terima kasih sekali lagik kepada para hadirin yang memeriahkan majlis yang agak sederhana sepertimana dinyatakan di bawah. Kepada ahli yang tidak dapat menghadirkan diri, di bawah adalah serba sedikit butiran mengenai perbincangan yang dipersetujui di dalam mesyuarat. ::

Tempat: Restoran D’tasek (UniTen) Bangi

Masa: 9.30 Mlm

Tarikh: 16 April 2010 (Jumaat)

Kehadiran ahli bersekutu:

i) Mohd Hafiz

ii) Mohd Afiq

iii) Mohd Haidar

iv) Mohd Khairil

v) Azharudin

bukan ahli bersekutu:

i) (awek afiq)...jeng..jeng...jeng

Agenda:

1. meluluskan agenda sebelum ini iaitu membuka satu akaun bersama di bank rakyat bagi tujuan aktiviti kelab.

2. Semua ahli bersetuju sebulat suara melantik:

i) mohd haidar,

ii) mohd khairil dan

iii) mohd afiq

sebagai penama akaun.


3. Agenda mesyuarat juga telah melantik organisasi ad-hoc bagi BBC kelab seperti berikut:


a) Pengerusi/Presiden - Hamdan bin Risman (Setelah diperbetulkan)

b) Setiausaha - Azharudin bin Mohd Yunus

c) Bendahari - Mohd Haidar bin Mustakim

d) Penyelaras/Coordinator - Mohd Hafiz bin Zakaria

e) Penerangan/IT - Mohd Afiq bin Mat Raya

f) Ketua Perancang - Mohd Khairil bin Ismail

e) Ketua aktiviti/Kebajikan -Fariz Faiz b Azahan

note: justifikasi tugas seperti dalam lampiran di bawah


4. lain-lain agenda

a) - merancang satu konvoi ke Taiping (lawatan sambil berehat ke tempat Presiden kelab)

- tarikh: julai atau September (tertakluk kepada persetujuan Mr Presiden)

- (tempat dan ape-ape yang patut disediakan oleh Hamdan selaku tuan rumah..hehehe)

b) - Ketua Perancang Aktiviti merancang untuk membuat program karaoke bersama.

- tarikh dan masa akan diberitahu oleh Penyelaras kelab.

c) - merancang dan mencadangkan aktiviti utama iaitu menetapkan tempat lawatan pada hujung tahun 2011. Antara tempat tersebut:

i) Beijing - China @

ii) Seoul - Korea Selatan @

iii) Disneyland - Hong Kong @

iv) Jakarta - Indonesia ............

- diminta ahli memberikan komitmen untuk menentukan tempat lawatan

5. Mesyuarat di tangguhkan dan dipersetujui oleh ahli pada jam 11.30 mlm diiringi muzik basking dari kumpulan waliband.

6. Mesyuarat berikutnya akan diberitahu oleh Penyelaras

Lampiran:

Justifikasi tugas

1) PENGERUSI/PRESIDEN

: tidak perlu membuat ape-ape kerja hanya perlu hadir mesyuarat sekiranya boleh tapi peranan utama ialah

i) mencukupkan ape yang tak cukup terutamanya dari segi kewangan.

ii) penyumbang utama akaun kelab (hehehehhe ini adalah hasil perbincangan bersama).

2) SETIAUSAHA

: menulis agenda mesyuarat/surat menyurat

3) BENDAHARI

: memastikan semua ahli membayar duit kelab (macam Along)

4) PENYELARAS/COORDINATOR

: peranan yang besar dalam

i) menentukan/merancang dan memastikan hala tuju kelab dan segala perancangan dan aktiviti kelab berjalan dengan baik serta mendapat sambutan

ii) bertindak mengumpulkan ahli-ahli kelab

5) PENERANGAN

: menyiarkan segala bentuk aktiviti samada info/gambar atau ape-ape yang berkaitan dalam internet/facebook/blog/youtube dan sebagainya

6) KETUA PERANCANG

: merancang segala bentuk aktiviti kelab dan mensurvey tempat-tempat seperti yang telah dirancangkan.

7) KETUA AKTIVITI/KEBAJIKAN

: menjadi ketua dalam semua hal aktiviti seperti ketua konvoi ke taiping dan memastikan kebajikan ahli2 dalam aktiviti sepanjang program tersebut.


Itulah serba sedikit "summary" isi kandungan perbincangan yang terdapat dalam mesyuarat baru2 ini....jadi sekiranya terdapat sebarang masalah boleh ler email kan ker : gengsekepala@gmail.com ataupon postkan jerk kat Facebook : www.facebook.com/gengsekepala.....akhir kater..tq all and have a nice day...c yaa!!

regards

Bahagian Penerangan




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

@Laman Popular Post@

@ Tempe's Form @

Name:
Email Address:
Blog URL
Interesting Topics Entertainment
Politics
Travel
Food
Computer

Click here to create your own form.