~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mesyuarat BBBC kali ke 5
Tempat: Rumah Azharudin
Masa: 9.30 Mlm
Tarikh: 11 Disember 2010 (Sabtu)
Kehadiran Ahli Bersekutu:
I) Hamdan
II) Mohd Afiq
III) Azharudin
Agenda:
1. Hamdan mencadangkan kelab BBBC bernaung di bawah syarikat UPE ICT Trading, semua ahli kelab secara otomatik menjadi ahli lembaga pengarah – (upe ict trading da ada mdan n jaa jd rkn kongsi so tinggal tmbh jela name2 ahli BBBC yg lain)
2. Kenapa perlu bernaung di bawah UPE ICT Trading?? Ini jawapannya…
- da ada daftar MOF
- da ada daftar SSM
- da ada kad CIDB (afiq punyer)..CIDB tue ape??tanye afiq
- da ade akaun semasa
- Da ade profail company
- da ade kad bisnes
3. Afiq mencadangkan juga syarikat dan kelab adalah satu entity yang berasingan (maknanya akaun kelab ngan akaun syarikat x sama, aktiviti kelab ngan aktiviti syarikat x sama, duit kelab n duit syarikat x sama…kalu ade projek kelab sumbang 10% dari modal projek yg baki dr duti ahli2 kelab..pembahagian keuntungan akan di bincang di mesyuarat yg lain - jika cadangan hamdan diatas di persetujui)
4. s/u akan renew profail company dan akan diedarkan kepada semua ahli2 kelab untuk tujuan mencari peluang perniagaan seperti tender (jika cadangan hamdan diatas dipersetujui)
5. pertemuan antara ahli kelab perlu dibuat bagi mendetailkan dan memperincikan apakah tujuan SEBENAR pengumpulan duit setiap bulan (masih ada yang samar dan tidak jelas tujuan sebenar duit di kumpul..sekadar untuk tujuan pelancongan sahaja atau sebagainya – mr presiden sendiri tak tau tujuan sebenar kumpul duit bulan2 nie )
6. cadangan mr presiden..jawatan bendahari di tukar dari EN HAIDAR kepada EN HAFIZ (sbb en hafiz yg senang nak update akaun) jawatan en hafiz pula di tukar kepada en haidar..
7. en afiq mencadangkan untuk masuk iklan di FACEBOOK yang mana iklan tersebut kene bayar dan pembayaran iklan tersebut menggunakan duit kelab. (detail tanye afiq)
8. en azhar bersama en afiq mencadangkan di tubuhkan juga satu syarikat perkhidmatan konsultansi yang berbentuk indoor n outdoor program (motivasi, team building, kursus2 dan sebagainya) untuk menambah dana kelab. (jika dipersetujui detail boleh Tanya en afiq / en azhar – modul, team n tempat semua ada)
9. ingatan juga kepada en afiq dan en hamdan..sila follow up dengan pihak MARA mengenai cadangan pajakan tanah kelapa sawit.
10. En azhar akan buat satu profail kelab (ada misi, visi, perlembagaan dan sebagainya) oelh itu mintk kerjasama ahli untuk bg cadangan atau penambahbaikan serta tolong beri kerjasama sekiranya diminta buat sesuatu seperti bagi gambar!!untuk di masuk dalam profail..
11. Minit mesyuarat ini akan diberi penerangan semula kepada ahli kelab yang lain oleh salah seorang dari 3 orang yang hadir di atas..untuk sebarang komen dan respon sila berbuat demikian di fesbuk geng sekepala (SETIAP AHLI TOLONG UPDATE FB KELAB DAN YANG PALING PENTING BLOG KELAB…KERJASAMA ANDA SANGAT2 DIHARAPKAN – BENDA PALING SENANG NK BUAT KALU X BOLEH BUAT GAK USAH MIMPI LA NK PKAI ALPHARD MCM MR PRESIDEN…KAH KAH KAH)
12. Akhir sekali, s/u memohon maaf jika laporan minit mesyuarat ni x formal mcm minit mesyuarat yg sepatutunya…susah nk buat formal sbb susah nk bg paham…ihihiih sekian terima kasih.
Bil | Agenda | Tindakan | komen |
1 | 1. cadangan mr presiden - cadangan penubuhan/bernaung di bawah syarikat UPE ICT Trading | Semua ahli kelab | Setuju atau tidak sila respon di FB geng sekepala |
2 | 2. factor bernaung di bawah UPE ICT Trading | s/u | Bergantung kepada persetujuan ahli seperti agenda 1 |
3 | 3. cadangan en afiq | En afiq | Berkuatkuasa jika cadangan agenda 1 dipersetujui |
4 | 4. renew profail company UPE ICT Trading | s/u | Akan di buat sekiranya cadangan agenda 1 di persetujui |
5 | 5. perjumpaan | Semua ahli | Sangat penting untuk halatuju kelab |
6 | 6. pertukaran jawatan | Mr presiden, en hafiz dan en haidar | Pertukaran untuk melicinkan perjalanan kelab |
7 | 7. cadangan iklan di FB | En afiq | Perlu persetujuan semua sebab melibatkan penggunaan duit kelab |
8 | 8. cadangan penubuhan syarikat konsultansi | En afiq dan en azhar | Perlu persetujuan semua |
9 | 9. follow up dengan MARA | En hamdan dan en afiq | |
10 | 10. profail syarikat | s/u | Sila beri kerjasama jika di perlukan |
11 | 11. penerangan kepada ahli kelab yang lain | En afiq, en hamdan dan en azhar | Sila beri cadangan venue, tarikh, masa |
Yang menjalankan tugas
AZHARUDINEND
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment